ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com

Sunday, February 19, 2012

Pancing di Pulau Aman - Misi Ke 2



Video Trip Pancing Pulau Aman - Misi Ke 2

Udang hidup tak ada? Oh takkan tak jadi plak nak memancing kat Pulau Aman ni? Kali ini kami datang seramai 8 orang dengan menyewa 2 bot. Trip kali ini, hasil agak kurang kerana arus air yang baru nak berjalan semula di Pulau Aman, semua udang hidup tidak di jual. Kalau menjala pun udang tidak banyak.

Get Ready!!

"Ardi! lubuk mana mau pegi??" - Pait

Berbekalkan udang yang kami terpaksa beli di market, kami tetap bersemangat untuk terus memancing di sini. Bermula di Batu Payung kami menghumban umpan, sebagai pengetahuan anda, teknik memancing di Pulau Aman ini, tali perambut di ikat terus dengan tali asas dan batu ladung hidup berada di tali perambut, bagi mengelak batu ladung tersangkut dengan karang.


Tekong Aman Di Pulau Aman


Stylo Team RL Fadzli!!


Rehat sat

Ikan pertama, seperti biasalah tekong Aman yang membawa naik ikan senangin, dengan teknik tidak membiar batu ladung terbenam terus ke dasar laut dan jarak mata kail dan batu ladung lebih kurang sekaki setengah. Hasilnya sudah tentu senangin paling tidak pun ikan jenahak juga menyambar umpan kami di sini. Sempoi!


Senangin oh Senangin


TRL Bulat & TRL Fadzli


Perjalanan di teruskan ke tukun-tukun yang lain, seperti trip pertama (Pancing di Pulau Aman - Pasti Akan Kembali) kami di bawa ke pelbagai lokasi tukun, sekiranya mana-mana lokasi tukun itu tidak memberangsangkan, kami akan menukar ke lokasi yang lain. Memang Tekong Aman ni tidak akan membiarkan anda semua pulang dengan tangan hampa.


Angin yang syahdu, perut dah kenyang, JUM TIDO!


TRL Pait

Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari, kami singgah ke jeti Pulau Aman untuk makan tengah hari dan sembahyang Jumaat di sini. Penat ooOOoo


You Bodoh! HAHAHAHA

Menjelang petang, umpan Team RL Bulat telah di sambar oleh ikan yang kami tak sangka-sangka. Seekor ikan yu bodo telah melentukkan rod Bulat. Sempoi!! Rod yang kecil berlawan ikan yu bersaiz Sekilo Setengah!! CnR la ikan Yu Bodo ini, tak lalu nak bawa balik.

Apabila menjelang Maghrib, kami pun pulang dengan hasil keseluruhan yang agak kurang akibat dari 2 sebab iaitu:-

1. Arus air yang kurang sesuai kerana di sebelah petang, tidak ada arus langsung. Ini menyebabkan ikan tidak aktif dan kurang untuk memakan umpan.
2. Tidak ada umpan udang hidup.



Walaupun begitu, kami tetap tidak pulang dengan tangan kosong, Alhamdulillah ada juga sedikit rezeki buat seluruh keluarga kami.






Saturday, February 18, 2012

Zikir Buat Pemancing


Salam buat semua saudara Islam

Saya rasa semua saudara-saudara yang meminati aktiviti memancing pernah merasai situasi di mana kita menanti ikan yang tak muncul-muncul. Apa yang kita selalu fikirkan sewaktu itu?

Salah satu ayat yang kita selalu fikirkan apabila menanti ikan yang tak muncul-muncul.

1. "Bila ikan nak makan umpan ni?"
2. "Betulke teknik memancing aku di sini?"
3. "Bosannya asyik tunggu lama-lama ni"
4. "Bila nak blah ni?"
5. "Tension!!!"

Kita selalu terlupa, bersabar itu separuh dari Iman kita sebagai seorang Islam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadis Qudsi:

" Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang aku sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)." (Hadis riwayat Imam Bukhari)

Kesimpulan Hadis:

1. Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempuranaan iman manakala keluh kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. Apalah sangat kalau nak di bandingkan situasi bagi seorang pemancing yang tidak dapat ikan jika nak di bandingkan dengan hadis di atas.

Dalam hal memancing ini, persoalannya adalah rezeki dari Allah, jadi bersama-samalah kita berdoalah untuk Allah menganugerahkan rahmat kepada kita. Tetapi janganlah kita tersasar dari IKTIKAD sebenar apabila kita memancing. Iktikad bermaksud, kepercayaan dan keyakinan kita dalam akitiviti memancing ini. Jadikanlah iktikad sebenar memancing ini, sebagai salah satu punca kesedaran kepada kita tentang betapa besarnya kebesaran Allah SWT tentang alam, di kurniakan kita ikan-ikan untuk kita cari untuk di jadikan makanan dan di beri sedikit "nikmat" kepada kita apabila melihat ikan di rentap umpan, atau "nikmat" apabila melihat rod sedang melentuk kuat.

Sewaktu kita sedang menanti ikan merentap umpan, cubalah saudara semua berzikir dengan nama Allah:

"Ya - Razzaq"

"Ya-Razzaq" di ambil dari 99 dari nama Allah, yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki.

Fadhilat berzikir dengan salah satu nama Allah seperti "Ya-Razzaq" ini, akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga. Tetapi berbalik kita kepada dengan iktikad yang betul, jangan berzikir semata-mata untuk mendapatkan ikan, dan di waktu-waktu yang lain kita terlupa untuk berzikir. Berzikirlah kerana dalam Firman Allah di dalam Al-Quran:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hari mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Suran Ar-R'ad : 28)

Jadi, dari sebelum kita fikirkan yang bukan-bukan apabila menanti ikan tak muncul-muncul, marilah kita sama-sama berzikir supaya Allah dapat memberikan rahmatnya, jika tidak di beri dengan ikan yang besar-besar, mungkin di berikan rahmat Allah yang lain. InsyaAllah

Hamba cuba menyampaikan,
Assalamualaikum







Tuesday, February 14, 2012

Misi Memancing Kolam Air Masin Di Kuala Kangsar



Hasil Tangkapan Siakap dan Kaci

Misi mencari kolam bagi Team Rod Lentuk kali ini, menjelajah ke kolam air masin di Kuala Kangsar, yang berlokasi tidak jauh dari exit tol highway plus menuju ke arah Lenggong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit dari tol plus Changkat Jering, Taiping.


Cuaca yang agak cerah apabila kami sampai tepat pada pukul 2 petang di kolam pancing Kuala Kangsar. Kami sebenarnya telah lama berancang untuk datang ke kolam ini, tetapi pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan sebagai menghalang, dan hari ini kami berjaya untuk sampai ke sini.

Kolam tanah yang bersaiz lebih kurang 25 kaki x 50 kaki, mempunyai perkhidmatan seperti menjual umpan udang hidup yang berharga RM1 seekor. Makanan dan minuman ringan juga ada di jual di sini sebagai pelapik perut untuk pemancing-pemancing tegar di pekan Kuala Kangsar ini.



Siakap Pertama di naikkan oleh Team RL Fadzli


Rentapan pertama dari Team RL Fadzli dengan reel barunya, siakap putih menjamah umpan udang hidupnya, yang di tarik dengan reel Shimano Baitrunner 4000D. Tuah reel baru lah katakan. Siakap putih ini juga agak ganas dan kadang kala ikan ini akan melompat, cuba untuk memotong tali perambut setelah memakan umpan. Memang ganas!

Team RL Adihafiz menyahut lesen pertama dengan ikan siakap yang bersaiz lebih kurang 1.5Kg tidak kurang beza saiz dengan hasil Team RL Fadzli. Sekali lagi ikan siakap ini, melompat-lompat cuba untuk memutuskan tali dengan insangnya yang sangat tajam.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat, terbantut sebentar misi kami. Pondok yang di sediakan agak kecil dan bumbungnya yang tinggi agak kurang sesuai kerana habis kami lenjut kebasahan akibat dari angin yang meniup air hujan masuk ke dalam pondok kami.


Kaci mempunyai gigi yang tajam


Apabila hujan kembali reda, Team RL Fadzli orang pertama yang berjaya menaikkan ikan di kolam ini. Ikan Kaci dengan menggunakan umpan anak ikan kap hidup. Ikan kaci ini adalah sejenis spesis ikan pemangsa, bergigi tajam dan rentapan ikan ini adalah lebih kuat dan ganas dari ikan siakap.

Nyata Team RL Fadzli berpuas hati dengan hasil di kolam pancing air masin di Kuala Kangsar ini dan kesemua hasil kami ini terus di bawa ke kedai makan untuk di buat santapan bersama keluarga tercinta.


Sunday, February 12, 2012

Kisah-Kisah Seram Pemancing Dari Team RodLentuk

Cerita 1 - Kisah bunyi bayi mengerang di hutan bakau

Kisah ini diceritakan semula oleh 2 orang Team RL, Sham dan Shah. Mereka telah pergi ke sebuah muara di Tanjung Piandang, yang di katakan sebuah lubuk bagi ikan semilang. Tepat pukul 12.30 malam (fanatik memburu semilang), mereka sampai ke lubuk tersebut dengan hanya berlampukan cahaya bulan yang separa terangnya.

Perjalanan ke lubuk tersebut tidak memerlu menggunakan sebarang bot kerana dengan menaiki kereta mereka berjaya untuk sampai ke lubuk tersebut dan perlu berjalan kaki di dalam hutan bakau untuk sampai ke destinasi.

Mujur di waktu malam, lubuk tersebut tidak ada sebarang bot nelayan yang lalu, dan mereka mulakan menyiapkan joran untuk melemparkan umpan udang. Sebaik sahaja, umpan di humban ke lubuk, rod melentuk menandakan ikan menarik, wah... memang cepat. Tetapi ikan di situ hanya anak ikan duri, tidak ada tanda-tanda ikan semilang yang dicari.

15 minit berlalu, 5-6 ekor ikan duri telah dinaikkan, tiba-tiba terdengar sebuah bunyi yang pelik, datang dari hutan paya bakau. Bunyi tersebut seolah-olah seorang bayi yang sedang mengerang. Pada mulanya Sham dan Shah tidak mempedulikan bunyi tersebut kerana bunyinya agak jauh. Tetapi selang beberapa minit bunyi tersebut semakin kuat. Bunyi yang kuat dan menyeramkan seolah-olah memanggil Sham dan Shah.

"dengar tak apa yang aku dengar?" kata Shah
"biarkan, jum kita balik, ikan pun tak banyak, ada plak yang menganggu" balas Sham cuba untuk mengelakkan diri dari terus di belenggu rasa takut, walaupun mereka dua memang sudah merasakan perasaan yang seram.

Kedua-dua joran di tarik dan di simpan dan mereka terus balik, sebelum terjadi perkara-perkara yang tidak di ingini.


Cerita 2 - Mencari ikan tengas sampai gelap

Tengahari yang cerah, cuaca yang baik untuk pergi ke Lubuk Lakom, Air Kuning Taiping. Mat dan Bob dari Team RL menyiapkan persiapan mereka untuk memancing ikan tengas. Di Lubuk Lakom memang terkenal dengan ikan yang besar sehingga mencecah 1++Kg.

Perjalanan di mula dengan menaiki motosikal dan di sambungi dengan berjalan kaki di tepi jeram sungai mendaki bukit untuk sampai ke lubuk tersebut. Pada jam 2 petang mereka tiba ke Lubuk Lakom dan agak memenatkan, mereka pun merehatkan diri di tepi jeram sungai sambil menyiapkan kelengkapan untuk memancing tengas.

"letak sahaja dah lekat ikan tengas" Kata Mat pada Bob, memang lapar betul ikan tengas di sini. Mat dan Bob asyik menaikkan ikan tengas yang boleh tahan saiznya. Bob pula mula naik mencari "port" yang lebih sesuai lebih tinggi dari "port" yang di pancing oleh Mat.

Tidak sampai setengah jam, Mat melihat Bob berlari bergegas turun dari celah-celah batu sungai menuju ke arah Mat. Sebaik sahaja sampai di tepi Mat, Bob menepuk bahu Mat sambil menjerit "Mat jum blah!". Dengan tiba-tiba, selepas ditepuk oleh Bob, Mat melihat keadaan sekeliling menjadi gelap gelita, mereka memang terkelu melihat keadaan sekeliling, mereka merasakan keadaan baru jam 4 atau 5 petang, tetapi jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam.

Keadaan yang gelap di hutan tebal, yang tidak ada kampung yang berhampiran. Mereka pula tidak membawa sebarang lampu, dengan hanya pemetik api rokok yang di jadikan lampu untuk menyuluh mereka pulang ke bawah. Sehingga ke hari ini, Bob dan Mat masih mengatakan mereka baru sahaja tiba di Lubuk Lakom, tetapi hari sudah gelap dengan tiba-tiba.

Sebuah pengalaman yang tidak dapat mereka lupakan.

Kisah-kisah dari pengalaman-pengalaman pemancing yang lain

Kisah 1 -
Kisah Seram Ketika Pancing

Kisah pertama ini berlaku di bulan Julai 2009 yang lalu. Saya suami isteri memang minat memancing. Pada waktu itu saya, suami dan seorang adik angkat saya telah pergi memancing di tepi pantai Changi. Kami tiba di sana di waktu petang. Biasalah bila dah sampai sana apa lagi, kami pasang khemah dan menyiap barang-barang pancing kami. Tapi rupanya pada hari tu hujan turun tak henti setelah 3 jam kami berada di sana. Hujan berlarutan hinggalah ke lewat malam. Kami memang berniat memancing 2 hari tapi keadaan begini mengundang kami pulang pada keesokan harinya.

Bila malam tiba, biasalah kalau dah kaki pancing, masih memancing walau pun hujan turun. Kami bertiga berteduh di dalam khemah dan kami biarkan kesemua 7 joran kami tersusun tegak di tepi pantai. Kami tidak tutup pintu khemah jadi kami boleh melihat hujan yang turun dengan lebat sekali. Walaupun hujan tapi suasana tak gelap sangat kerana pancaran dari lampu di jalanraya. Dari khemah, kami masih boleh melihat joran kami di luar dari jauh. Berlampukan lampu yang khas untuk khemah, kami semua duduk di dalam menghadap laut, sambil berbual dan berborak-borak, saya beralih pandangan ke joran kami.

Di dalam hujan, saya ternampak bahawa salah satu dari joran suami telah diangkat dan seperti seseorang sedang memancing ikan. Tetapi tidak kelihatan. Saya terus suruh suami dan adik angkat saya melihat, "Korang tengok kat joran tu. Korang nampak apa yang aku nampak?" Mereka terus diam. Suami pula lagi boleh buat lawak. Dia berkata, "Sudah biarkan. Tempat dah gelap. Harapkan lampu jalan. 'Dia' nak join pancing biarkan lah. Mana tahu dapat ikan. Mana tahu dia tak pernah 'try' pancing 'pakai' joran... Hehehe... Jangan tegur lah. Sekali dia jelma depan mata lagi satu kerja. Dah buat bodoh. Awak tu lemah semangat..."

Selepas suami kata begitu sambil kami memerhatikan joran itu, tiba-tiba seperti benda itu tahu yang kami melihat apa yang dia buat dan terus joran itu dia letak kembali semula ke tempat asal. Ingatkan dah berhenti. Rupanya selang setengah jam dari kejadian itu satu dari joran saya pula dibuat main. Tapi joran saya semua ada saya letak loceng. Jadi bila benda itu seperti bermain dengan joran saya, locengnya berbunyi. Selepas itu ia berhenti. Ia seakan-akan ingin mencuba semua joran itu. Kelakar tapi menyeramkan kerana tidak dapat melihat. Inilah satu kejadian yang saya alami ketika memancing.


Kisah 2 - Memancing itu seram

Salam semua pembaca..

Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku and the geng dengar ada dengar citer banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. Kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.

Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. Kira penghujung jalan dan last punya lombong la kan..Sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap-siap kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)

Sampai jer terus, semua ambil port memancing. Lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik seekor jelawat lebih kurang 3 kilo. Wow! sangat lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena.

Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng….

2 orang kawan aku tengah pasang unggun api.. nak bagi terang kawasan memancing situlah kan.. Walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..Betol tak?

Aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dengan kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.

uuuiii… uuuiii…uuuuiiii……

Kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yang tak makan umpan. Huh! Hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap dah nih, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. Aduh.. ini dah lebih..dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. Bunyi tu masih lagi berlanjutan..

Tiba2 kawan aku yang lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. Dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii…uuuiiiiiii berselang seli dengan tangis budak makin kuat… kompom Cik Ponti punya…Hohohoho

Tak boleh jadi ni, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yang tengah pasang unggun api tak nak balik pasal dorang kata baru sampai. Gila ke apa?! Hampeh betul.. Aku cakap kat dorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh..baru perasan bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siot betul.

Tapi apa nak buat, kena lah lalu jugak kan. Takkan nak tunggu situ lagi..hehe,..Kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe…

Masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yang tau..bulu roma ni dah meremang sakan dah oii… Masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai….Apa lagi? Kita orang semua lompat masuk dalam kereta la. Aku try start kereta, Alhamdulillah..boleh start. Terus masuk gear satu dan jalan..tak tengok belakang dah… hehe.. takut siott..

Tapi…………Ingatkan gangguan dah habis, masa turun dari puncak bukit tu..ada 2 kejadian aneh.

1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu…

2. masa turun kami bertembung dengan dengan teksi. Teksi tu menuju ke puncak bukit. Kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. Syyyyhhhh!..jangan tegur..biarkan je dia. Adui..masa berselisih dengan teksi tu, aku menjeling tengok apa yang ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau..orang yang bawak teksi tu warna hijau…nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. Kami semua masuk dalam rumah..Semua mandi dan sembahyang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah..huhu…

Inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe… agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe

dari kisah www.akufakhrul.com

Kisah 3 -Berjumpa langsuir ketika memancing

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar menonton.

Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.

Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.


Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.

"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki agaknya..."

Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di permukaan air.

"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.

Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah membuatkan aku semakin takut.

Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.

"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"

Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku. Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.

Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.

Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.

"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.

"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.

Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.

Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.

"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti terkena kejutan elektrik.

Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia agaknya.

Kisah dari Dara Sunti kedah2u.com

Saturday, February 11, 2012

Review - Sejarah Shimano

Shimano telah diasaskan oleh Shozaburo Shimano dan hari ini dianggap sebagai salah satu pencipta dan pengeluar terbaik "Carp Reels". Shimano telah memberikan prestasi yang terbaik dalam masa lalu dan terus berbuat demikian pada hari ini.

Shimano mempunyai reputasi besar untuk serba guna, kebolehpercayaan dan kejuruteraan hebat. Pelbagai Shimano gulungan termasuk Technium XSA Shimano Magnesium, Shimano Ultegra Ci4 10000 XSA, Baitrunner XT RA, Shimano Baitrunner 8000 D dan Shimano Biomaster 8000 XTB dan banyak lagi.

Asalnya ditubuhkan pada tahun 1920-an, melihat kembali pada sejarah syarikat ini mempunyai lebih daripada 80 tahun pengalaman dalam salah satu sukan paling mencabar di dunia. - basikal - di mana penggearan dan kejuruteraan kepada toleransi yang paling tepat adalah penting. Tiap tiap seorang dari orang-orang pengalaman 80 tahun kini telah mengeluarkan reel menangkap ikan yang bukan sahaja melihat estetik menyenangkan tetapi juga amat tepat dan boleh di percayai dalam fungsinya.


Shimano Baitrunner 12000 D


Hari ini, terdapat beberapa reka bentuk baru yang menakjubkan seperti Magnesium Technium XSA Reel dari Shimano yang bukan sahaja mempesonakan untuk melihat tetapi juga sangat ringan. Seberat di 495grams sahaja, badan magnesium dan pemutar membuatkan reel ini adalah sebuah legenda dalam dunia pemancingan. Susun garis cemerlang ini dicapai dengan menggunakan Balut Aero dan Ayunan perlahan.

Shimano Baitrunner XT RA 10000 Carp Reels XT 10000 RA


Shimano reel, terutamanya Baitrunner reel adalah antara yang terbaik dalam industri pemancingan carp menggunakan keadaan ketepatan seni dan teknologi canggih. Reputasi mereka dalam industri pemancingan carp mengagumkan, dan ia amat digemari oleh pemancing-pemancing.

Baitrunner menggambarkan kualiti yang terbukti bagi pengemar Shimano reel. Shimano Baitrunner XT 4000 FA Carp Reels direka untuk memancing spesimen yang ringan, XT menggabungkan percuma kili kemudahan Baitrunner dengan seretan multi-cakera hadapan untuk prestasi serba boleh dalam pelbagai kaedah dari menangkap ikan pemangsa. Memiliki ciri-ciri teknologi tinggi, dari atas gelendong pelbagai spesimen Shimano XT mempunyai 4 keluli galas bebola tahan karat secukupnya dan kaitan guling untuk prestasi yang lebih lancar.



Tuesday, February 7, 2012

Misi Memancing Di Kolam Pak Din Bukit Gantang

Lokasi Kolam Pak Din Di Bukit Gantang, Taiping


Aduh ... kami sampai pun agak lewat di Bukit Gantang, perjalanan lebih kurang 20 minit dari pekan Taiping. Cuaca di sekitar kawasan Taiping ni sememangnya dikenali ramai dengan keadaan purata hujan yang agak tinggi, mencurah-curah air hujan memenuhi kolam Pak Din ini.


Suasana yang tenang tetapi penuh dengan ikan


Mujurlah, masa itu Team kami telah siap sedia dengan kelengkapan perang untuk berjuang dengan ikan-ikan yang ada di kolam. Di senaraikan ikan di sini, seperti patin, pacu, tongsan dan rohu bersaiz sekitar 800gm ke 8kg di sediakan buat kaki-kaki pancing untuk berentap.


Team RL Fadzli dan Team RL Mutiara menanti dengan penuh kesabaran


Seperti biasa, penantian yang penuh dengan kesabaran, hampir sejam setelah umpan bom pertama di lempar kedalam kolam. Mungkin ikan masih malu-malu dengan umpan yang baru sampai. Kami menggunakan umpan dedak yang di campurkan dengan perasa-perasa lain untuk menaikkan bau umpan di dalam air.


Inilah hasil dari penantian, Alhamdulillah

Akhirnya rentapan pertama, "game" yang agak menarik. Pastinya rohu yang ramah untuk memakan umpan yang kami sediakan. Tidak sampai 30 minit kemudian, rod di lentuk oleh ikan yang sama purata bersaiz 3.4Kg. Penantian yang berbaloi di kolam Pak Din ini.

Purata seekor ikan hampir 3+ Kg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List