Pages

Monday, January 28, 2013

Santai Memancing di Tasik Pandan Perdana


Trip kumpau, saya bersama abg saya Migo di Pandan Perdana. Walaubagaimana pun kumpau, saya mendapat banyak info berkenaan kisah di tasik ini. Kami berkesempatan bertemu dengan Ainul orang lama yang telah memancing di sini. Menurut kata Ainul, di Tasik Pandan Perdana ini terdapat Persatuan Pemancing Tasik Pandan Perdana yang tidak jemu-jemu untuk memancing di sini walaupun semasa kami memancing di sana, ikan agak sukar untuk mengusik umpan.

Suasana indah pagi di Tasik Pandan Perdana

Menurut kata Ainul lagi, ikan yang terdapat di Tasik Pandan Perdana ini terdiri dari spesis, patin, tongsan, rohu, lampam, toman, haruan, toman, talapia dan juga keli. Ikan terbesar yang pernah di bawa naik oleh otai-otai dari tasik ini adalah seberat 40KG! dah macam di Bungsamran saya dengar... 

Setting leader line mengikut kesesuaian tasik ini

FG Knot kasi ketat sikit....

Majoriti ikan patin yang berjaya di bawa naik oleh Brader Ainul kita ini seberat 10Kg keatas, dengan pelbagai jenis teknik dan umpan yang digunakan. Ikan di sini sangat sensitif dan sangat menduga kesabaran kita, mungkin faktor saiz tasik ini yang agak besar dan makanan yang banyak terdapat di tasik ini membuatkan ikan jarang-jarang mengusik umpan, kadang-kadang ada yang bermalam di tasik ini semata-mata menunggu ikan! memang hardcore lah otai-otai di tasik ini.

Aksi bangau kami dengan penuh gaya!

Brader Ainul menunjukkan kawasan ikan yang bermain di sini (FB Ainul)


YAH!!! MEGATRON BERJAYA DI TUMPAS KAN!!

Otai kita di Tasik Pandan Perdana, Ikan Patin di sini melebihi 10Kg dan sudah "bersekolah" sangat sukar mengusik umpan



Semoga kita ketemu lagi di tempat yang lain....



Free blog ping