
Serba sedikit sejarah mengenai Pulau Aman yang berlokasi bersebelahan Pulau Pinang yang menjanjikan sebuah pusat bagi aktiviti memancing.
Seindah namanya, begitulah yang dapat dinikmati apabila mengunjungi pulau berkeluasan 115.2 hektar itu yang berhampiran dengan tanah besar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Mengunjungi Pulau Aman menjanjikan ketenteraman dan ketenangan menerusi sumber alam semula jadi yang masih tidak terusik selain daripada menambah lagi ilmu pengetahuan atau sejarah tanah air.

Percaya atau tidak, pulau yang juga perkampungan nelayan itu menawarkan pengalaman menarik dan menakjubkan bagi pengemar aktiviti memancing.
Mendengar nama Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung dan Batu Perompak pasti mencetuskan kemusykilan untuk mengetahui lebih lanjut lagi.
Video Trip Team RodLentuk ke Pulau Aman 19 Jan 2012
Testimonial Video pemancing ikan siakap di Batu Payung
Trip Rod Lentuk (RL) berpusat di sekitar perairan Pulau Aman, yang dikatakan banyak terdapat ikan kerapu, siakap, tebal pipi dan jenahak. Kami mulakan pengembaraan dengan menaiki bot tepat pada pukul 9.15 pagi, di jeti Batu Kawan, berhadapan Pulau Aman. Tekong bot, juga tepat pada masa menanti kehadiran kami untuk terus memulakan sesi memancing di sekitar perairan Pulau Aman.

Sebelum memancing hisap rokok dulu....

Tekong mencari hala tuju kemana nak bawa budak-budak ni semua?

Bot dah jalan laju, makin tak sabar dah ni...
Dalam perjalanan, tekong bot sempat mengajar kami cara pemilihan tali perambut dan batu ladung yang sesuai digunakan di Pulau Aman ini, dan lokasi pertama kami ialah di sebuah teluk kecil berhadapan dengan Resort Pulau Aman. Kawasan yang di penuhi batu karang, sudah tentu di penuhi dengan kerapu.
Tangkapan pertama, tekong menaikkan ikan kerapu seberat 500 gram. Wow! baru letak sudah lekat! memang menghangatkan keadaan. Kami pun melempar umpan, dan berjaya membawa naik beberapa ekor ikan kerapu. Kami juga sempat melihat 2 ekor "dolphin" menjenguk aktiviti kami di situ.
Team RL, diteruskan dengan memancing umpan labuh di kawasan lain yang berdekatan dengan Batu Payung. Di sini, kami berlawan siapa yang membawa naik ikan kerapu terbanyak. Memang ikan di sini lapar, sebab kami baru labuh umpan, ikan dah tangkap dan sudah tentu jenis kerapu.
Trip disini tak perlu membawa makanan di dalam bot sebab di Pulau Aman ini terdapat kedai makan terapung yang menyaji makanan laut yang enak dan "fresh".
Sesi di sebelah petang pula agak perlahan dari pagi, mungkin perut kami yang sudah kenyang sama dengan ikan yang agak kurang makan umpan. Walau bagaimana pun, salah seorang dari team RL berjaya membawa naik ikan tebal pipi seberat 1.5Kg. Hampir 10 minit untuk membawa naik ikan tersebut, "fight" yang memang mengasyikkan! dan kepuasan jelas terlihat pada rakan dari team kami ini.



Team RL Adihafiz bersama tebal pipinya seberat 1.5kg

Adihafiz sekali lagi bersama jenahak
Lapan jam memancing, sememangnya membawa beribu kenangan di Pulau Aman dengan membawa pulang hampir 30 ekor ikan dari pelbagai spesis di sini. Testimonial dari kami, PASTI AKAN KEMBALI!