Melihat dari video-video di bawah, tak sabar rasanya menunggu anak lelaki saya yang berumur 2 bulan untuk di bawa bersama-sama memancing. Outtings dengan memancing bersama keluarga adalah satu aktiviti yang sihat di samping dapat memberikan keyakinan, semangat dan ilmu kepada anak-anak kita yang masih kecil.
Melihat pada video-video ni boleh tercabar jugaklah bapa dia sebab anak kecil pun berjaya membawa naik ikan yang bersaiz boleh tahan besarnya.
Inilah yang dikatakan "Bapak Borek anak rintik", walaupun kecil semangat nak memancing seperti orang dewasa. Kemana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi betul tak?
Walaupun tengok pada muka anak-anak kecil ini penat memancing ikan yang besar, tetapi semangat yang di tunjukkan memang Marvelous! Mungkin satu hari nanti menjadi Angler Tegar...