ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com

Monday, October 8, 2012

Kisah Seram: menemui ajal selepas 7 hari memancing udang galah

Kisah ini adalah sebuah kisah benar tetapi telah diolah dan nama telah diubah bagi mengelak sebarang syak wasangka.

Pada satu petang yang agak panas, Salleh bersama 4 orang rakannya telah bersiap-siap untuk memancing udang galah di sungai berdekatan dengan rumah mereka. Persiapan awal memang telah dibuat, hanya tinggal mengemas alatan memancing untuk dimasukkan ke dalam kereta. 

Ibu Salleh "kamu hendak pergi memancing ke Salleh?"

Salleh menyahut " iye mak, kalau ada rezeki, kita makan udang galah nanti"

Ibu Salleh pun tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu. Sememangnya ibunya juga telah lama tak makan udang galah dari sungai tersebut.

Mereka berlima pun terus berangkat ke sungai yang ramai mengatakan di situ adalah "port" udang galah. Jam menunjukkan pukul 4 petang, dengan cuaca yang panas memang sesuai untuk Salleh dan rakan-rakannya memulakan pancingan.

Sewaktu di atas sampan, mereka berlima sempat bergelak jenaka sambil mendayung sampan mencari "port" yang agak-agak sesuai untuk menghumban umpan ke dalam sungai

Salleh "weii betul ke tempat yang banyak udang galah ni selalu ada boya?"

Faizul kawan Salleh terus menyahut "engkau ni mulut cabul betul, diam-diam dah laa karang datang betul nanti kau yang lari dulu."

Salleh hanya mencebik muka sambil tersenyum melihat kawannya Faizul yang hanya beza setahun tua padanya.

Gambar Hiasan

Sejam telah berlalu, tiba-tiba joran halus Salleh di tarik dengan kuat. Salleh tidak membuangkan masa lagi, maklumlah sejam menanti tidak ada sebarang tanda udang, tiba-tiba jorannya ditarik dengan kuat. Salleh tersenyum lebar dan berjaya membawa naik udang galah sungai yang cukup besar. Saiznya seperti udang kara, tetapi ini adalah udang sungai dimana sesungutnya berwarna biru.

"Jackpot aku hari ni, hahaha!" kata Salleh kepada kawan-kawannya.

Kawan-kawan Salleh turut tersenyum dengan hasil tangkapannya yang memang besar itu. Selepas itu kesemua mereka menghumbankan umpan mereka ke tempat di mana Salleh mendapat hasilnya. Dan tidak disangka-sangka seorang demi seorang mendapat udang galah yang dinanti. Walaupun tidak sebesar hasil tangkapan Salleh tetapi kesemua mereka mendapat hasil. Tersenyum mereka melihat hasil tangkapan udang galah masing-masing.

"Ini kalau jual kat kedai pun mahal ni.." kata Rafik seorang lagi rakan Salleh yang selalu turut bersama memancing.

"Janganlah jual pada kedai, mak aku teringin nak makan udang ni, jual saja pada aku" sahut Salleh 

Rafik, Faizul dan 2 orang rakannya yang lain turut bersetuju untuk menjual hasil tangkapan mereka pada Salleh. Hasil mereka tidaklah banyak tetapi saiz setiap seekor udang galah itu jarang-jarang di temui.

Tiba-tiba, Salleh berasa pening kepala, "Aduh, kepala aku pening" dan perlahan-lahan dia terbaring di dalam sampan. Perkara ini membuatkan rakan-rakannya berasa seperti dipermainkan kerana mereka semua tahu Salleh memang suka berjenaka.

"Oii, bangunlah Salleh, jangan buat lawaklah, kita dah nak balik ni, hari dah dekat maghrib" Rafik cuba menolak badan Salleh. Tetapi Salleh tidak memberi sebarang respon, malah dia hanya terbaring dengan matanya terbuka sambil tangannya cuba memicit dahinya yang cukup pening.

"Jum lah kita balik, Salleh tiba-tiba pening kepala plak tu." Ajak Faizul kepada rakan-rakannya yang lain. 

Setiba di jeti, hari sudah hampir gelap, dan terdengar azan Maghrib dari surau kampung sebelah. Dengan tidak semena-mena Salleh melompat dari sampan dan turun ke jeti dengan menjerit-jerit menutup telinganya.

"SUDAH, SUDAH, ARGHH!! SAKITLAH BODOH!!"

Faizul dan 3 orang rakan yang lain melihat satu sama lain, "ini dah lain macam ni, cepat bawa dia masuk dalam kereta, Salleh tak mau dengar azan, nanti dia meracau!" Mereka berempat membantu Salleh yang masih dalam keadaan meracau-racau untuk dimasukkan kedalam kereta. Keempat-empat mereka ini pun memang tidak berani perkara mistik sebegini, dan dengan cepat mereka membantu satu sama lain mengangkat Salleh ke dalam kereta.

Setiba di rumah, azan maghrib sudah berhenti, Salleh kembali tenang tetapi masih dalam keadaan sakit kepala, dengan memicit-micit dahi luasnya dengan jari. Dia sudah tidak berkata apa-apa semenjak dia meracau maghrib tadi.

"Makcik-makcik!! Kami rasa Salleh dah kena sampuk!" jerit salah seorang dari kawan-kawan Salleh kepada ibunya.

"Ya Allah! Anak aku!" Ibu Salleh sedih melihat keadaan anaknya.

Selang 2 hari selepas kejadian, keadaan Salleh masih sama, setiap kali azan berkemundang dia akan meracau dengan menjerit-jerit meminta tolong supaya azan diberhentikan. Telinganya sakit, keadaannya dengan tidak ada selera makan menyebabkan badannya semakin hari semakin kurus. Ibu Salleh tidak dapat membuat apa-apa cuma dapat membantu anaknya dengan memicit kepala dan mengurut kaki dan tangannya.

"Ini tak boleh jadi ni, kena panggil orang yang pandai berubat" bentak hati ibunya.

Mujurlah melalui kenalan ibu Salleh di kampung mereka, ada seorang bomoh perubatan mistik yang cuba untuk membantu. Bomoh ini pun tidak jauh dari perkampungan mereka, datang memberi bantuan kepada Salleh.

"Anak akak ni sudah dirasuk dengan makhlus halus, mereka memancing udang keseluruhannya ada 7 udang yang di tangkap, akak kena lepaskan balik ketujuh-tujuh udang galah tu ketempat asal mereka" kata tok bomoh yang datang melihat keadaan Salleh.

"Mana akak nak cari? kawan-kawan Salleh dah makan dan akak sendiri pun dah masak udang galah yang mereka tangkap tu" jawab Ibu Salleh kepada tok bomoh tu. 

Tok bomoh terus senyap tidak berkata apa-apa lagi kepada Ibu Salleh, tangkas dia bangun dan mengajak ibu Salleh keluar rumah. Tok bomoh memberitahu kepada ibu Salleh bahawa Salleh telah di sampuk, sekiranya udang galah itu tidak di pulangkan ketempat asalnya dalam masa tujuh hari, nyawa Salleh dalam keadaan bahaya. Terbeliak mata ibu Salleh mendengar kata-kata tok bomoh itu, dimana dia hendak cari udang galah itu semua kerana baru semalam ibu Salleh masak udang tersebut untuk dijamukan kepada tetamu yang datang melawat Salleh.

Hari ketujuh telah tiba, Ibu Salleh telah membawa Salleh ke hospital kerana melihat keadaan Salleh   semakin teruk, dia hanya terbaring dan tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Tangannya sudah dimasukkan air kerana Salleh sudah tidak boleh makan. Tepat jam 5.30 petang, Salleh menghembuskan nafasnya yang terakhir bersama-sama rakan Salleh yang memancing udang tempoh hari turut berada disisi keluarganya. 

Innalillahiwainalillahirojiun...Takziah buat keluarga




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List