Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya apa yang ada di bawah tuas? Saya sangkakan sebatang kayu seperti buluh di cucuk sehingga kedasar laut, tapi ternyata sangkaan saya salah.
Tuas terdiri dari batu pemberat, pelepah pokok nipah dan batang buluh atau kayu yang panjang. Pemberat diikat di bahagian bawah sekali, diikuti dengan pelepah nipah dan bahagian paling atas adalah kayu yang akan tertegak di tengah-tengah laut. Pelampung yang selalunya dari tong kosong juga digunakan untuk menjadi penimbang kepada buluh atau kayu berdiri tegak.
Di perairan laut Yan terkenal dengan tuas yang di buat sebegini. Ikan seperti kembong, selar, mackerel sememangnya suka bermain di celah-celah pelepah nipah tersebut. Spesis seperti ikan yang bergerak secara berkumpulan ini adalah mangsa kepada ikan tenggiri dan alu-alu. Jadi sekiranya anda melihat "water boiling" di tengah-tengah laut, bersedia untuk apollo, kerana mungkin di kawasan tersebut akan banyak ikan-ikan mangsa. Sekiranya ada rezeki anda berkesempatan untuk melayan tenggiri!