Saya ada suatu cerita nak dikongsikan,cerita ini adalah sebuah kisah benar di depan mata saya sendiri,bulan puasa tahun lepas saya dan rakan saya Abg Azid pergi ke Kuala Pak Amat, lubuk siakap mega, kemudian kami memancing sampai pukul 3 pagi,oleh kerana dah pukul 3 pagi,saya mengajak Abg Azid untuk pulang, kami pun mengemaslah barangan dan umpan, semasa mengemas tu saya mendengar suara jeritan perempuan sayup-sayup, kemudian dengar suara lelaki sayup jugak, maka saya mengajak Abg Azid pergi menyiasat kot2 ade orang kena rogol, sebab tempat tu tak de rumah org pun, kemudian kami pergi ke tempat itu yang berada di muka kuala, ada 3 buah kereta dan saya suluh mereka, ada sorang lelaki sedang meriba perempuan,
si perempuan tu asik cakap "tak nak balik! tak nak balik!",nak tinggal kat situ,aiseh susah nih,saya kasi isyarat kat Abg Azid, dengan ilmu yang serba sedikit, abg azid pun cuba membantu dgn bacaan ayat kursi,
maka perempuan tu pun berkata, "kenapa ganggu aku?, aku sayang kat pompuan nih..."
Abg Azid jawab, "ko kena keluar dari pompuan nih,ko kenal ke aku sape?.."
jin dalam pompuan tu menjawab, "aku kenal ko!..aku kenal ko!..."
Abg Azid tanya lagi, "kalau kenal sape aku nih?"
Jawab jin dalam perempuan tu, "aku kenal ko..ko RAJA SIAKAP!!!"
:P..terduduk aku dengar jawapan si jin tu....
Kisah benar dari Alain Hatake Kakashi