Pada mulanya saya ingatkan mereka sedangkan membuat tuas, sebab dari posting saya sebelum ini, daun nipah digunakan untuk membuat tuas. Ternyata anggapan saya salah, mereka ini sedang memancing di bawah daun nipah yang telah hanyut di tengah laut. Video ini saya mendapat keizinan dari tuannya iaitu Kapten Shaharin (FB Kapten Shaharin) tekong yang tak asing lagi dari Pulau Pinang.
Pelbagai jenis ikan, terlalu banyak sehingga tak sempat nak masuk dalam tong. Memang jarang-jarang berlaku, ikan bermain-main di bawah daun nipah yang hanyut di tengah laut. Bagaimana daun ini berada di tengah laut? Wallahuallam, mungkin Kapten Shaharin tahu...