ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com

Thursday, November 14, 2013

Jurnal: Pertandingan Memancing Kali ke 10 Di A'Famosa Resort 2013



Kali ini aku dijemput hadir bersama-sama ke pertandingan memancing di A'Famosa Resort Melaka 2013. Sebuah lokasi yang sangat indah untuk membawa keluarga anda semua. Selain dari pertandingan memancing, A'famosa resort, menyediakan tempat menarik seperti Cowboy Town, Water Theme Park, Safari dan lain-lain lagi. 



Kali ini, aku cuba membuat satu pembaharuan dalam penulisan aku dengan membuat jurnal bagi pertandingan memancing di A'Famosa ini. Harap boleh terima...

Pertandingan ini menyediakan hadiah keseluruhan sebanyak RM20,400 dengan yuran kemasukan bernilai RM100.00 bagi sebatang joran. Boleh tahan laa, kalau nak dibandingkan dengan jumlah hadiah dari pertandingan-pertandingan memancing yang lain. Berikut adalah jumlah hadiah yang di beri dari tempat pertama hingga ke 50:-

Hadiah Pertama : RM10,000 + Produk Eupro bernilai RM1000 (Rod +Omoto Reel+Omoto Cap+EX-5 Line)

Hadiah Kedua : RM3,000 + Produk Eupro bernilai RM800 (Rod +Omoto Reel+EX-5 Line)

Hadiah Ketiga : RM1,000 + Produk Eupro bernilai RM400 (Rod +Omoto Reel+EX-5 Line)

Hadiah ke 4-10 : RM200 + Produk Eupro bernilai RM200 (Rod+Tokushina Reel)

Hadiah ke 11-20 : RM200 + Eupro Rod

Hadiah ke 21-30 : RM100 + Produk Eupro lure

Hadiah ke 31-50 : RM100



Jurnal Pertandingan

3.00 Petang (9 September 2013) : Aku tiba di lokasi setelah bertolak dari KL lebih kurang pukul 2.00 petang bersama-sama anak aku Rayyan dan Bini aku. Penat gak laa sebab malam sebelum aku datang ke sini aku terpaksa bekerja hingga lewat malam. Tapi pancing punya pasal aku selamber redah, mujur alhamdulillah aku check in di resort lebih kurang pukul 3.30 ptg. Jum ushar billik kat sini, agak menarik! Terima Kasih Penganjur!! 


Anak aku Ar Rayyan pun nak possing




5.00 Petang (9 September 2013) : Aku tak boleh nak tido, mungkin perubahan tempat jadi aku mengambil keputusan untuk ushar kolam pertandingan. Mungkin kalau sempat, boleh aku tengok penganjur membuat persiapan akhir pertandingan untuk esok.

5.15 Petang (9 September 2013) : Penganjur sedang memasang pentas dan backdrop pertandingan. Selain tu, aku berkesempatan tengok kolam pancing di sini. 600 Kg ikan dimasukkan kedalam kolam tetapi yang menyedihkan ikan Keli, ikan Talapia, ikan Pacu dan ikan Patin. Keli dan talapia??? Adoiiii 





7.30 Pagi (10 November 2013) : Ramai yang datang daftar untuk mencari port menarik bagi memancing di kolam ini. Ada yang memasang khemah dan ada juga datang bersama keluarga pada hari Ahad yang agak mendung.

8.00 Pagi (10 November 2013) : Hon dibunyikan menanda pertandingan bermula. Game On!





9.00 Pagi (10 November 2013) : Sejam telah berlalu, seperti yang aku sangkakan, ikan keli pasti menjadi habuan peserta pertandingan untuk menarik naik. Dengan jumlah peserta anggaran dalam 400 orang yang telah menyertai pertandingan ini, bayangkan lebih kurang setiap lima minit pasti ada peserta yang akan membawa naik ikan keli yang pelbagai saiz. (memang kacau umpan)




10.30 pagi (10 November 2013) : Tiba-tiba salah seorang peserta membawa naik seekor patin yang bersaiz megatron! 10.24KG! Boleh tahan saiznya membuatkan kesemua peserta menjadi lebih panas. DeeJay di situ terus membuat announcement ikan terberat yang berjaya di bawa naik tersebut. Panas!!! Panassss!!! tapi rilekksss masa masih lama lagi... macam-macam boleh jadi. Pertandingan memancing ini masa yang penghabisan itu yang paling thrill sekali!!




11.00 pagi (10 November 2013) : Cuaca makin panas, perut semakin lapar, mungkin ikan lapar dan juga peserta--peserta disini juga lapar. Ada yang membuat barbeque dan ada juga yang membeli makanan di food station yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.



semua tunggu ikan mega, dikatakan paling besar pernah direkodkan disini seberat 18KG

12.00 Tengahari (10 November 2013) : 3 Ekor Patin telah di bawa naik, yang paling saya respek, peserta pertama dan kedua ikan terberat adalah dari orang yang sama! POWER LA BRO!! memang sifu patin di kolam ini.

10.24 Kg , 10.04 Kg Dan 7.96 Kg

Tahniah Norhanis dan Ramlee!! memang Otai Patin

1.00 Petang (10 November 2013) : Hon kedua menandakan pertandingan telah tamat. Ramai yang penat dan mula menarik umpan dari kolam. Ada yang bakal mendapat hadiah ada yang tidak, masing-masing berdebar menantikan keputusan. Tetapi tempat pertama hingga kelima ternyata tidak disangkalkan lagi.


2.00 Petang (10 November 2013) : Hampir satu jam menanti, pihak penganjur bertungkus lumus membuat kiraan dan menggantung keputusan di score board.

Kesemua keputusan telah ditampal di score board

2.15 Petang (10 November 2013) : Saat yang dinantikan telah tiba. Majlis penyampaian hadiah buat setiap pemenang. Dj mengumumkan tempat ketiga, kedua dan pertama, bergema orang bertepuk kepada Saudara Norhanis dan Saudara Ramlee! Tahniah BRO!


Saudara Norhanis membawa pulang wang sebanyak RM13,000 dengan merangkul sebagai johan dan naib johan di pertandingan memancing A'Famosa ini


Hadiah misteri untuk pemenang cabutan bertuah! boleh tahan!

Hampir 2 hari saya di sini, dengan mendapat layanan yang istimewa dari pihak A'Famosa. Secara terus terang saya katakan A'Famosa adalah sebuah tempat yang menarik buat keluarga untuk datang berkumpul kerana terdapat pelbagai aktiviti yang di sediakan disini. Buat pertandingan memancing ini, bagi pendapat saya boleh di baik pulih lagi seperti tidak membawa masuk ikan keli dan talapia kerana 2 spesis ini selalunya menganggu umpan. 

Terima Kasih A'Famosa Resort Melaka.
       Salam dari Admin Rodlentuk
   Wan Amirul Wan Ahmad

p/s : Nantikan video keseluruhan pertandingan yang bakal di upload.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List