Trip penutup tahun ini bermula pada 29hb Dec 2013 yang lepas. Saya bersama team dari Tepen Caster jelajah ke Bagan Lalang. Memang puas hati sebab tujuan kami ke sana untuk mencari spesis siakap telah berjaya membawa balik hampir lapan ekor dengan hanya menggunakan teknik casting. (Nama pun Tepen Caster)
Pada mulanya, kami rancang untuk land base fishing di sekitar kawasan Bagan Lalang, tetapi melihatkan dengan kawasan yang agak terhad dan mengikut jadual pasang surut air, keadaan air laut sangat sesuai untuk boating. Saya bersama sipo-sipo terus mengambil keputusan untuk menyewa boat dan misi mencari pun bermula pagi lebih kurang pukul 9.00 am.
Jum cari port Siakap!!
Pelbagai gewang yang kami try, pada mulanya hasil agak kurang, mungkin pilihan gewang masih tidak sesuai dengan kehendak siakap yang ada di Bagan Lalang ini. Tetapi di waktu petang kami telah terjumpa spot siakap berkumpul. Memang tak putus-putus siakap telah berjaya di bawa naik. MEMANG BEST!!
Saya bersama hasil Siakap
Terima Kasih buat semua sipo-sipo dari Team Tepen Caster! Hangpa Memang Best!!
Team Tepen Caster
Tepen Caster dan hasil 8 Siakap 1 Bulan
Kuak air ikan Siakap membaham lure
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA BLOG RODLENTUK! SALAM STRIKE