ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com
Showing posts with label kolam ikan. Show all posts
Showing posts with label kolam ikan. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Jelajah Kolam Di Taman Sri Rampai

Salam Maulidur Rasul kepada semua warga Islam, sambutan maulidur rasul saya di sebuah kolam di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Boleh tahan besar kolam di Taman Sri Rampai, yang berdekatan dengan jalan besar

Kali ini saya bersama abg saya telah mencuba nasib di kolam Sri Rampai ini, dengan tidak pasti umpan apa yang sesuai di sini. Kami hanya menggunakan umpan roti bersama dedak perisa vanilla (mencuba nasib). Menurut otai-otai pemancing di sini, ikan patin pernah di bawa naik yang bersaiz sehingga 8KG!

Kedai makan yang terdapat berdekatan di kolam Sri Rampai ini

Kami berkesempatan menuntut ilmu sedikit sebanyak berkenaan dengan cara memancing di kolam Sri Rampai bersama dengan Edi Rampai (Otai kolam ini, beliau yang berjaya membawa naik ikan patin sehingga 8Kg tersebut). Edi juga memberitahu kami, benih ikan patin dan pacu yang masing seberat 500gm pernah di bawa masuk ke kolam ini sebanyak 1 tan pada tahun lepas. Ini bermakna, ikan-ikan tersebut telah mencapai tepuh matang dan telah membesar sehingga 2-8kg.

Saya dan Migo Bersama Edi Rampai, Otai Kolam Sri Rampai ini

Walaupun telah ditunjuk ajar oleh Edi Rampai, tetapi kami tidak berjaya membawa naik sebarang patin atau pun pacu di sini, mungkin penggunaan umpan kami tidak sesuai dengan cara ikan di sini memakan. Walau bagaimana pun, Migo berjaya membawa naik seekor ikan Kap. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat ikan yang dihajati, tetapi dapat jugalah membawa naik walaupun seekor.

 Aksi Migo bersama ikan Kap nya...


Salam Strike!! Sehingga kita berjumpa lagi!

Ping site

Friday, December 7, 2012

Database Direktori Kolam Pancing Seluruh Malaysia Di Rodlentuk

Setelah hampir sebulan pihak kami dari Blog Rodlentuk telah mengaktifkan page Peta Kolam, ramai pengusaha-pengusaha kolam pancing telah turut serta dalam memberi maklumat asas kepada pihak kami tentang kolam pancing mereka. 

Tujuan pihak kami menyediakan page Peta Kolam adalah sebagai berkongsi maklumat tentang kolam pancing yang terdapat di Malaysia. Maklumat ini adalah sebagai direktori kepada pengunjung atau peminat aktiviti memancing kolam dan juga sebagai promosi kepada pengusaha kolam pancing di dalam dunia internet.

Berikut adalah maklumat yang telah pihak kami terima dari pengusaha kolam pancing di laman Peta Kolam:-

1. Kolam Pancing D'Joran Terbang2, Selama, Perak Darul Ridzuan.  
2. KOLAM PANCING AIR TAWAR MENDERANG SUNGKAI PERAK
3. Sea Lion Fishing Park
4. aqua pro guar jentik enterprise
5. Kolam Memancing Ikan Arisna Joran
6. Kolam Pak Din
7. Kolam Memancing Mydoor
8. kolam pancing lombong melintang

Kepada pengusaha kolam, teruskan update maklumat kolam pancing anda di laman Peta Kolam sebagai mempromosikan kolam anda dan sebagai kemudahan kepada peminat sukan memancing kolam!

SALAM STRIKE!

Kolam Pancing Air Tawar Menderang - Sungkai Perak

Sea Lion Fishing Park - Klang, Selangor

Aqua Pro Guar Jentik Enterprise - Berseri, Perlis

Kolam Memancing Ikan Arisna Joran - Klang Selangor

Kolam Pak Din - Ampang Selangor

Kolam Memancing Mydoor - Shah Alam Selangor

Kolam Pancing Lombong Melintang - Negeri Sembilan


Ping Blog

Sunday, October 28, 2012

Direktori Kolam Pancing


Salam kepada semua pengusaha kolam pancing seluruh Malaysia.

Admin dari blog rodlentuk ingin berkongsi maklumat dengan tuan berkenaan perusahaan kolam pancing di dalam blog kami. Dengan ini kami dapat mempromosikan alamat kolam tuan kepada semua orang. 

Di page Peta Kolam, kami menyediakan sebuah peta Malaysia dan juga borang yang perlu di isikan oleh tuan-tuan berkenaan dengan kolam, seperti lokasi kolam, jenis-jenis ikan di dalam kolam, ikan terbesar di dalam kolam, kedai yang terdapat di kolam dan lain-lain lagi.

Peta Malaysia pula bertujuan untuk memudahkan pengunjung untuk mencari lokasi kolam pancing tuan-tuan. Peta  ini adalah dari Google Maps yang dapat membantu para pengunjung blog ini dengan berkemampuan untuk "zoom in" dan "zoom out" mencari lokasi arah haluan kolam pancing tuan-tuan.

Gambar di bawah saya tunjukan cara untuk mengisi borang di page Peta Kolam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List