ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com

Thursday, January 31, 2013

Hemingway Lanos 2000 Custom Edition Reel For Sale


Sila Pilih:Persendirian
Nama*:Khairi
Email*:st8pl3r@gmail.com
K/P atau Kad Pengenalan lain:
No. Telefon*:0122211505
Jenis Barang*:Mesin
Sila Pilih*:Untuk Jual
Negeri*:Selangor
Tajuk Iklan Anda*:Hemingway Lanos 2000 Custom Edition reel
Teks Iklan Anda*:Lanos Custom Edition adalah penjelmaan semula model SMA, salah satu reel Hemingway paling dicari model dalam pasaran domestik. Lanos adalah benar-benar versi tuned-up baik SMA dengan prestasi jauh terbaik. Sangat kuat dan dan 15% lebih ringan daripada grafit, Lanos dibina dengan SCR teknologi, Super Karbon bertetulang yang digunakan dalam sideplate bingkai, dan pemutar mencapai kekuatan yang hebat dan berat badan dikurangkan. Kerana SCR tidak mempunyai sifat logam, bertetulang gentian karbon adalah 100% tahan karat memberi ketahanan yang cemerlang. Semua sistem Lanos Edisi Custom komponen dalaman dan juga mempunyai Karbon Matrix Drag sistem, sukar dan tahan lama keluli tahan karat aci utama, keluli jepun tahan karat dan Stainless Steel Pinion Gear.

- Strong Super Carbon Reinforced Frame, Sideplate and Rotor Construction
- 8+1 Stainless Steel Bearings
- Dual High Grade Japan SUS Bearings at Pinion Gear
- Stainless Steel Pinion Gear
- Carbon Matrix Drag System
- Ultra lightweight Carbon Handle
- Round EVA Grip
- Carbon Matrix Drag System
- Stainless Steel Shaft
- Ported Aluminium Spool
- Approved for Saltwater Applications

Boleh call/sms/whatsapp untuk maklumat lanjut..
- KJ 0122211505 -
Harga boleh nego tipis2 lagi..
Harga*:RM180.


BlogPingTool.com

Tuesday, January 29, 2013

Bersama Team Jejak Lubuk Crew di Hasya Joran


Semasa saya di Kedai Pancing Hasya Joran baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dengan team Jejak Lubuk Crew dari Kuantan. Menurut mereka, ahli JLC terdiri dari banyak negeri bukan sekadar dari Terengganu, malah dari Selangor, Pahang, Perak, Johor turut menjadi ahli kepada Jejak Lubuk Crew ini. 

Majoriti team Jejak Lubuk Crew ini terdiri dari penuntut dari IPT dan mereka ini sangat agresif menjejak lubuk-lubuk baru dan masih "fresh" semata-mata mencari kepuasan dalam sukan memancing ini. Harapan saya, semoga suatu hari nanti saya dapat turut mengikuti trip-trip dari team Jejak Lubuk Crew ini.

Semoga kita ketemu lagi, All the Best Team Jejak Lubuk Crew!


Saya, bersama Team Jejak Lubuk Crew dan Hasya Joran






Blog Ping Tool

Monday, January 28, 2013

Santai Memancing di Tasik Pandan Perdana


Trip kumpau, saya bersama abg saya Migo di Pandan Perdana. Walaubagaimana pun kumpau, saya mendapat banyak info berkenaan kisah di tasik ini. Kami berkesempatan bertemu dengan Ainul orang lama yang telah memancing di sini. Menurut kata Ainul, di Tasik Pandan Perdana ini terdapat Persatuan Pemancing Tasik Pandan Perdana yang tidak jemu-jemu untuk memancing di sini walaupun semasa kami memancing di sana, ikan agak sukar untuk mengusik umpan.

Suasana indah pagi di Tasik Pandan Perdana

Menurut kata Ainul lagi, ikan yang terdapat di Tasik Pandan Perdana ini terdiri dari spesis, patin, tongsan, rohu, lampam, toman, haruan, toman, talapia dan juga keli. Ikan terbesar yang pernah di bawa naik oleh otai-otai dari tasik ini adalah seberat 40KG! dah macam di Bungsamran saya dengar... 

Setting leader line mengikut kesesuaian tasik ini

FG Knot kasi ketat sikit....

Majoriti ikan patin yang berjaya di bawa naik oleh Brader Ainul kita ini seberat 10Kg keatas, dengan pelbagai jenis teknik dan umpan yang digunakan. Ikan di sini sangat sensitif dan sangat menduga kesabaran kita, mungkin faktor saiz tasik ini yang agak besar dan makanan yang banyak terdapat di tasik ini membuatkan ikan jarang-jarang mengusik umpan, kadang-kadang ada yang bermalam di tasik ini semata-mata menunggu ikan! memang hardcore lah otai-otai di tasik ini.

Aksi bangau kami dengan penuh gaya!

Brader Ainul menunjukkan kawasan ikan yang bermain di sini (FB Ainul)


YAH!!! MEGATRON BERJAYA DI TUMPAS KAN!!

Otai kita di Tasik Pandan Perdana, Ikan Patin di sini melebihi 10Kg dan sudah "bersekolah" sangat sukar mengusik umpan



Semoga kita ketemu lagi di tempat yang lain....



Free blog ping

Sunday, January 27, 2013

Di mana ada air di situ ada ANGLER!

Berlaku di kampung aku, bersebelahan hospital Taiping Medical Center (TMC), Taiping Perak... 

Ping my blog

Friday, January 25, 2013

Jelajah Kolam Di Taman Sri Rampai

Salam Maulidur Rasul kepada semua warga Islam, sambutan maulidur rasul saya di sebuah kolam di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Boleh tahan besar kolam di Taman Sri Rampai, yang berdekatan dengan jalan besar

Kali ini saya bersama abg saya telah mencuba nasib di kolam Sri Rampai ini, dengan tidak pasti umpan apa yang sesuai di sini. Kami hanya menggunakan umpan roti bersama dedak perisa vanilla (mencuba nasib). Menurut otai-otai pemancing di sini, ikan patin pernah di bawa naik yang bersaiz sehingga 8KG!

Kedai makan yang terdapat berdekatan di kolam Sri Rampai ini

Kami berkesempatan menuntut ilmu sedikit sebanyak berkenaan dengan cara memancing di kolam Sri Rampai bersama dengan Edi Rampai (Otai kolam ini, beliau yang berjaya membawa naik ikan patin sehingga 8Kg tersebut). Edi juga memberitahu kami, benih ikan patin dan pacu yang masing seberat 500gm pernah di bawa masuk ke kolam ini sebanyak 1 tan pada tahun lepas. Ini bermakna, ikan-ikan tersebut telah mencapai tepuh matang dan telah membesar sehingga 2-8kg.

Saya dan Migo Bersama Edi Rampai, Otai Kolam Sri Rampai ini

Walaupun telah ditunjuk ajar oleh Edi Rampai, tetapi kami tidak berjaya membawa naik sebarang patin atau pun pacu di sini, mungkin penggunaan umpan kami tidak sesuai dengan cara ikan di sini memakan. Walau bagaimana pun, Migo berjaya membawa naik seekor ikan Kap. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat ikan yang dihajati, tetapi dapat jugalah membawa naik walaupun seekor.

 Aksi Migo bersama ikan Kap nya...


Salam Strike!! Sehingga kita berjumpa lagi!

Ping site

Friday, January 18, 2013

Menjual Reel Buatan Jepun




Sila Pilih:Persendirian
Nama*:tuan ahmad zulfadli
Email*:tokmat30@gmail.com
K/P atau Kad Pengenalan lain:
No. Telefon*:0122970125
Jenis Barang*:Mesin
Sila Pilih*:Untuk Jual
Negeri*:Selangor
Tajuk Iklan Anda*:menjual reel buatan jepun
Teks Iklan Anda*:kunjungi blog saya di reelpantai.blogspot.com
untuk pilihan reel -reel untuk pancingan pantai,casting,jigging,dan spinning. reel adalah 100% buatan jepun dan diambil dari jepun.adakalanya reel-reel ini jarang-jarang di keluar di malaysia.
Harga*:-.


Ping Blog

Thursday, January 17, 2013

Sales Pecah Kepala! Discount 10% - 70% Semua Barang Pancing


Sales Pecah Kepaler Geng Di Hasya Joran! Discount sehingga10% - 70%

25-1-13 Hingga 2/2/13
No. 9 & 11, Jalan LP 1A/2,
Taman Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Lain-lain info dapatkan di HASYA JORAN 




View Larger Map
2.991883,101.673537
Ping Blog

Wednesday, January 16, 2013

Memancing Bersama Baby Rayyan Di Kolam Pancing Putrajaya


  "Hari ni bosan kan Daddy, jum kita pergi memancing"  Rayyan Sebelum Pergi Kolam

"Jum la Daddy kita pergi Mancing"

"Yeah, Kita pergi kolam pancing"

"Cantiknya kolam ni....."

"Ape tunggu lama daddy?"

"Kejap Rayyan, Daddy dgn Ayah Ngah tengah siapkan umpan PACAK ni"

"ermmm, bosannye tunggu, ngantuk pun ader, PENANTIAN SATU PENYEKSAAN!"

"Dah siap ke belum daddy? Ni Superman nak memancing ni"

"Kejap naaa superman, tgh setting perambut kasi sempoi sikit"

 "Yeah!! dapat mancing!! Tapi Daddy dengan Rayyan tengah kumpau plak!"

"Rayyan nak tarik ikan nanti tau"

Kolam Pancing Pinggiran Putra, Putrajaya


Ping my blog

Tuesday, January 15, 2013

Road Tour 2013 - Pure Fishing Angler Class Workshop, Servicing & Maintenance


Ping Blog

Monday, January 14, 2013

Review: Kedai Pancing Hasya Joran


“Salam Bro, saya Wan, admin Rodlentuk, boleh saya bercakap dengan Hasya Joran?”

“Oh! Tuan! Saya Bob dari Hasya Joran, apa yang boleh saya bantu tuan?”

“Kalau boleh saya nak review kedai Hasya Joran kedalam blog Rodlentuk, boleh ke tuan?”

“Oh!, sudah tentu boleh, tapi saya takde di kedai, saya di Terengganu, tapi saya akan inform dengan partner saya untuk berjumpa dengan tuan bila tuan dah sampai kedai saya nanti”

“OK, dalam setengah jam saya akan sampai kekedai Tuan”

“OK, Assalamualaikum Tuan”

“Waalaikumusalam Tuan”



Apabila tiba di Kedai Hasya Joran, saya terus di bawa naik ke atas, WOW! Kedai di sini telah banyak berubah. Seingat saya, saya pernah ke kedai pancing ini, tetapi sewaktu management lama, tetapi apabila management baru telah mengambil alih, kelihatan kedai ini lebih mengancam dan barang-barang yang di sediakan di sini lebih banyak.


Susunan kedai di bahagian bawah adalah lebih kepada kedai pancing yang biasa kita lihat tetapi product yang di sediakan di sini  adalah up to date kepada pengemar-pengemar sukan pancing di Malaysia ini. Apabila saya di bahagian atas kedai Hasya Joran ini, susunannya lebih tersusun, showroom kepada produk di bahagian atas kedai lebih “high-end”.  




Satu perkara yang cukup saya tertarik, kerana pada setiap pembelian kita di Hasya Joran ini, RM0.50 akan di sumbangkan kepada anak-anak yatim. Selain kita membeli, barang-barang pancing yang kita idamkan, kita juga akan turut serta dalam membuat kerja amal. Alhamdulillah


Di sini, saya di beritahu oleh En Nahar dan En Azhar bahawa kedai Hasya Joran adalah kedai yang mengawal bahagian retail dan Syarikat One Monster Tackle adalah pemborong kepada kedai Hasya Joran ini. Produk yang di bawa masuk oleh One Monster Tackle adalah dari Zebco yang terdiri dari:-
  • ·         Quantum
  • ·         Browning
  • ·         Fin-Nor
  • ·         RHINO
  • ·         Black Cat
  • ·         Van Staal
Hasya menjadi Distributor produk di bawah. Pertama di Malaysia!


Selain dari itu, Hasya Joran juga menyediakan produk-produk popular yang "up to date" di Malaysia ini seperti
  • ·         Daiwa
  • ·         Shimano
  • ·         Abu Garcia
  • ·         Megabass
  • ·         RAPALA
  • ·         Lucky Craft
  • ·         Flam Beau
  • ·         Pline
  • ·         Spiderwire


Dan lain-lain lagi produk yang standing dengan market semasa dengan harga yang sangat berpatutan.

Hasya Joran yang beralamat di:-


No. 9 & 11, Jalan LP 1A/2, Taman Lestari Perdana,
43300 Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
No Tel: +603 8943 1808
Facebook Hasya Joran: HASYA JORAN

Angler's Cafe At Hasya Joran

Koleksi reel di Hasya Joran

Menyediakan pelbagai jenis produk-produk yang terkini dengan harga yang berpatutan. Berita baik kepada ahli-ahli Koperasi yang terpilih kerana di sini, Hasya Joran menyediakan kemudahan buat ahli koperasi dengan  membuat pinjaman bagi membeli barang-barang pancing yang di idamkan, dengan skim potongan gaji ini dapat mempermudahkan kaedah pembayaran kerana pembelian barang pancing anda di tolak setiap bulan dari gaji!!  Koperasi yang di pilih adalah seperti koperasi:-

·         KOPONAS – Koperasi Pos Nasional
·         Koperasi TNB
·         KOBANAS – Koperasi Bank Simpanan Nasional
·         Koperasi Unikeb (UKM)
·         Koperasi UM
·         Koperasi UITM

Event akan datang di Hasya Joran:
25/1 hingga 2/2 :- SALES PECAH KEPALA
                            LUCKY DRAW BUAT PEMBELIAN RM200 KEATAS
                            10% - 70% BUAT BARANG TERPILIH!

Akan datang, Pertandingan tertutup TNB di Jana Manjung dan Port Dickson. Bagi peminat Surf Fishing dari kalangan staff TNB seluruh Malaysia, asah rod siap-siap!! Hehehehe

Rodlentuk amat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi layanan yang istimewa dari member-member Hasya Joran sewaktu pihak kami berada di sana!

Thanks Bro n Salam Strike!

Rodlentuk Ratings



Long Lat : 2.991872,101.673569



Ping site

Sunday, January 13, 2013

Electric Reel Reel Daiwa MegaTwin 1000 For Sale



Sila Pilih:Persendirian
Nama*:Armando Fauzi
Email*:rock_anglers@yahoo.com
K/P atau Kad Pengenalan lain:
No. Telefon*:0169171909
Jenis Barang*:Mesin
Sila Pilih*:Untuk Jual
Negeri*:Selangor
Tajuk Iklan Anda*:Reel Daiwa MegaTwin 1000
Teks Iklan Anda*:Barang mmg bagus.. tak ada kerosakan dan baru servis..dijual dalam boxset siap semua dgn manual, beg kain, CD serta warranty card yg dah expired...2010

Dijual tanpa braid dgn harga RM3500nett

COD sahaja...area KL/Pj/Subang Jaya

boleh call 016 9171909
Harga*:RM3500.00
Blog Pinger Free

Thursday, January 10, 2013

DAPATKAN ORIGINAL BARU BELI UMPAN ULONG




Sila Pilih:Syarikat
Nama*:PU GLOBAL NETWORK
Email*:kakipancing001@gmail.com
K/P atau Kad Pengenalan lain:
No. Telefon*:019-941 4610
Jenis Barang*:Aksessori lain
Sila Pilih*:Untuk Jual
Negeri*:Pahang
Tajuk Iklan Anda*:DAPATKAN ORIGINAL BARU BELI UMPAN ULONG
Teks Iklan Anda*:UMPAN PANCING, DARI PEMANCING....
DI MANA ADA KOLAM, DI SITU ADA UMPAN ULONG

SALAM SEJAHTERA

Bagi sesiapa yang ingin membeli UMPAN ULONG secara online,

sila hantarkan pesanan anda ke talian:
019 941 4610 PEMANCING ULONG

Berikut senarai harga dan kos pengiriman;
SEBOTOL : RM30.00
KOS PENGEPOSAN : RM10.00 (MAKSIMUM 4 BOTOL)

*pembayaran adalah melalui akaun
MAYBANK
MOHD SUWARDI
106098426432

Cara menghantar pesanan;

<NAMA>jarak <ALAMAT> jarak <NO H/P> jarak <JENIS UMPAN>
jarak <JUMLAH BOTOL> jarak <WANG MASUK> jarak <MASA TRANSAKSI>

cth:
ROSLI ISHAK
NO.3, JLN. TILAPIA 7, TAMAN SEAFOOD, 42700 BANTING, SELANGOR
012 3212321
UMPAN BETIK 2 BOTOL
RM70.00 5.50PM

TERIMA KASIH.
Harga*:RM30.00

Ping Blog

Review - Daiwa T3 Air 2012

G1 Duralamin Air Spool Ultralight spool yang seberat 6.9gm (jika tidak termasuk berat bearing dan inductor beratnya akan mencapai 5.6gm) dan diperbuat dari ultra duralamin gred dimana 1.3 kali lebih kuat dari duralamin spool yang lain. Spoolnya masih mempunyai pemutar brek pop-up untuk mencapai prestasi casting yang terbaik. 
 
MAGFORCE 3D Tidak seperti mana-mana reel casting kawalan magnetik (DC) sistem yang lain yang hanya bergantung kepada satu medan magnet yang tetap pada spool inductor. Sistem dari Daiwa Magforce 3D membenarkan rod inductor  kedalam tenaga medan magnetik yang berbeza. 3 cara braking mode yangg boleh di laras di bawah dan juga bahagian tepi kekili.




  1. MAX BRAKE di mode ini magnet diubah berdekatan dengan inductor bagi mendapatkan medan magnet yang maksimum, sangat sesuai dengan gewang yang berat. 
  2. ALL ROUND mode ini bersesuaian dengan memancing secara general kerana spoolnya adalah lebih ringan dan memusing lebih lama jika di biarkan bebas tanpa tali.
  3. AIR MODE mode ini pula, adalah sangat sesuai dengan menggunakan gewang yang paling ringan dan juga telah dilabelkan sebgai "Long Cast" bagi teknologi T3. 


Daiwa T3 Air 2012

Blog Pinger Free

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List