Ketenangan air di Kolam Pak Leh
Team Red Lentuk kini berkunjung di kolam terbiar Air Kuning Taiping. Kami mendapat info dari rakan-rakan berkenaan kolam ini yang berlokasi bersebelahan dengan trek keretapi kedua Malaysia. Ikan-ikan di sini di katakan penuh dengan haruan yang besar dan ganas untuk team RL melawan.
Hujan lebat menjemput kedatangan kami
Selepas menjamah makan tengah hari, kami pun berangkat ke kolam ini. Setibanya di sini, hujan pun mengalu-alukan kedatangan kami dengan lebat sekali. Walaupun begitu, Team RL tetap sabar menanti supaya kami dapat teruskan membenam umpan atau "casting" di kolam ini.
"Casting" umpan katak hidup
Kami teruskan balingan "casting" dan akhirnya team RL Fadzli membawa naik seekor ikan haruan seberat 1.3Kg dengan hanya menggunakan rod yang paling kecil. Perlawanan dengan ikan ini cukup hebat, rod yang melentuk sehingga mencecah gigi air, "drag" yang tak henti-henti berbunyi menandakan ikan melawan. Akhirnya, ikan ini berjaya di bawa naik, pecah peluh juga team RL Fadzli di sentap oleh ikan haruan di kolam Pak Leh ini.
Hasil Tangkapan 1.3Kg Haruan
Masa berlalu dengan pantas di kolam ini, mungkin kerana, terdapat 3 kolam lain yang berdekatan di sini, dan kami sibuk membawa rod untuk "casting" ketiga-tiga kolam tersebut. Azan Maghrib pun berkumandang, kami pun bersiap-siap untuk pulang dengan raut muka team RL Fadzli puas, sesungguhnya rezeki Allah SWT untuk kami malam itu untuk makan ikan haruan.