Ramai yang tidak menyangka terdapat sebuah kolam pancing di Taiping Golf Resort. Selain dari sebuah pusat pemain-pemain golf, para pengemar sukan pancing juga dapat mengambil kesempatan bagi melepaskan gian bagi menarik ikan.
Team RodLentuk kali ini mengambil kesempatan untuk memancing di "Fishing Pond" Taiping Golf Resort (TGR) Taiping. Terletak berhampiran dengan hutan tebal Bukit Jana, resort TGR ini menawarkan suasana tenang yang ditonjolkan oleh taman-taman dan pokok-pokok yang subur. Lebih kurang sejam perjalanan berkereta dari lapangan terbang Ipoh dan Pulau Pinang.
Aktiviti kami bermula pada 2.00 petang, cuaca yang agak panas, mujur pokok-pokok rendang meredupkan keadaan tepi kolam pancing TGR ini. Pelbagai jenis umpan ikan darat yang di bawa seperti roti, cacing, cengkerik dan katak. Kami terpaksa mencuba beberapa jenis umpan kerana kami tidak pernah memancing di sini dan ternyata di dalam banyak-banyak umpan yang di bawa, hanya cacing yang mendapat perhatian ikan Selat di sini.
Sebut sahaja ikan selat (Feather Back) semestinya berkait rapat dengan belida (Giant feather Back). Bahawasanya ikan selat dan ikan belida adalah dari satu "family" yang sama, tapi sub-spesis yang berbeza. Ikan selat bersaiz kecil di mana saiz maksima untuk tumbesarannya ialah 1Kg sementara ikan belida pula adalah sub-spesis yang mampu mencecah berpuluh kilo bagi tumbesarannya. Relatifnya, spesis ikan ini adalah sama tetapi berbeza sifat. Kami masih tidak pasti di kolam ini, ada terdapat ikan belida, perkara ini sudah tentu Team RL akan cuba di bongkar dalam masa akan datang.
Beberapa jam berlalu dengan pantas, Team RL berjaya membawa beberapa ekor ikan Selat yang sememang sedap untuk di goreng buat santapan rakan-rakan dan keluarga.
Fishing Pond di Fairway lubang pertama Taiping Golf Resort