Saya memang tak pernah memancing cara teknik Fly Fishing ni, satu teknik yang agak menarik dan memang tak asing lagi dalam dunia memancing. Semlm member ada mengajak saya untuk memancing cara fly fishing ni, dan jangan terkejut di tempat saya di Taiping, ada sebuah tempat yang sesuai memancing ikan bulan atau tarpon. Sebelum pergi jum sama-sama kita "research" sikit mcm mana nak memancing fly fishing.(harap-harap boleh la nak fly nanti)
Sebelum tu jum kita tengok video memancing fly fishing ikan bulan / tarpon
Tips-tips berkenaan ikan bulan yang saya dapat:-
1. Ikan bulan/tarpon ini boleh membesar sehingga bersaiz mega dan sangat masyhur dengan sifat yang liar dan ganas tambah-tambah apabila tersangkut dengan matakail.
2. Ikan tarpon ini akan selalu naik ke permukaan air untuk mengambil udara, dan proses ini dinamakan "rolling". Jadi sekiranya kita nampak "rolling" di permukaan air standby utk fly umpan kearah ikan. Menurut kata-kata pakar, selagi besar buih air di permukaan air semakin besarlah saiz ikan bulan itu.
3. Sekiranya ikan ini dah makan lure fly, berhati-hati sebab ikan ini akan melompat dan kadang2 boleh masuk kesemak atau pokok yang berdekatan dengan air.
Video bagi pemancing fly yg baru nak belajar seperti saya:-
Kelas 1
Kelas 2 (Ini lebih detail sikit untuk mula belajar Fly Fishing)
Kelas 3 (Back Cast)
Kelas 4 (Shooting Line)
Kelas 5 (Haul)
Harap-harap termampulah saya nanti untuk fly fishing. Kita cuba dulu, kalau tak cuba tak tahu betul tak? Kepada semua yang baru nak belajar mcm saya dapatlah membantu sikit sebanyak dgn video-video di atas.
Selamat Mencuba!