Ini salah satu lagi tasik yang sangat aneh, tasik ni berwarna merah jambu. Mula-mula ingatkan super impose, tapi rupa-rupanya memang sebuah lagi kejadian Allah yang ajaib.
Apabila tengok sahaja tasik ini, kepala saya terus berkata "Apa spesis ikan boleh pancing kat sini, mesti ikannya pun agak pelik, maklumlah kaler pink"
so, saya mulakan research lagi....
Tasik Retba di Senegal ini, atau lebih di kenali "Pink Lake", rupa-rupanya tasik ini sama seperti laut mati di Jordan, kandungan garam atau "Saline"nya sangat tinggi. Kadang-kadang tasik ini akan berubah warna ke pink kemerahan akibat dari musim panas.
Punca laut ini menjadi warna pink akibat dari mikro alga "Dunaliella Salina". Hanya beberapa mikro organisma lain yang mampu hidup di dalam tasik ini akibat dari kandungan mikro alga dunaliella salina yang terlampau tinggi. Oleh itu, tidak ada spesis ikan yang mampu wujud sebab air di tasik Retba ini terlalu masin, ada sesetengah memberi tahu ia lebih masin dari laut mati.
Penduduk tempatan di sini, mengambil kesempatan dengan mengusahakan perusahan garam bagi alat kosmetik dan juga ubat diet.
Nak mandi di sini? standby la losyen "Beurre de Karité" atau "Shea butter" byk2 ok?
Video dari pandangan atas kapal terbang...
Sememangnya tidak ada ikan untuk di pancing disini di sebabkan alga yang terlalu masin. Mungkin evolusi akan datang Allah mengizinkan ikan hidup di tasik-tasik sebegini. InsyaAllah....