Salam buat semua saudara Islam
Saya rasa semua saudara-saudara yang meminati aktiviti memancing pernah merasai situasi di mana kita menanti ikan yang tak muncul-muncul. Apa yang kita selalu fikirkan sewaktu itu?
Salah satu ayat yang kita selalu fikirkan apabila menanti ikan yang tak muncul-muncul.
1. "Bila ikan nak makan umpan ni?"
2. "Betulke teknik memancing aku di sini?"
3. "Bosannya asyik tunggu lama-lama ni"
4. "Bila nak blah ni?"
5. "Tension!!!"
Kita selalu terlupa, bersabar itu separuh dari Iman kita sebagai seorang Islam.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadis Qudsi:
" Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang aku sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar)." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Kesimpulan Hadis:
1. Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempuranaan iman manakala keluh kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. Apalah sangat kalau nak di bandingkan situasi bagi seorang pemancing yang tidak dapat ikan jika nak di bandingkan dengan hadis di atas.
Dalam hal memancing ini, persoalannya adalah rezeki dari Allah, jadi bersama-samalah kita berdoalah untuk Allah menganugerahkan rahmat kepada kita. Tetapi janganlah kita tersasar dari IKTIKAD sebenar apabila kita memancing. Iktikad bermaksud, kepercayaan dan keyakinan kita dalam akitiviti memancing ini. Jadikanlah iktikad sebenar memancing ini, sebagai salah satu punca kesedaran kepada kita tentang betapa besarnya kebesaran Allah SWT tentang alam, di kurniakan kita ikan-ikan untuk kita cari untuk di jadikan makanan dan di beri sedikit "nikmat" kepada kita apabila melihat ikan di rentap umpan, atau "nikmat" apabila melihat rod sedang melentuk kuat.
Sewaktu kita sedang menanti ikan merentap umpan, cubalah saudara semua berzikir dengan nama Allah:
"Ya - Razzaq"
"Ya-Razzaq" di ambil dari 99 dari nama Allah, yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki.
Fadhilat berzikir dengan salah satu nama Allah seperti "Ya-Razzaq" ini, akan dipermudahkan rezeki yang halal dan membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga. Tetapi berbalik kita kepada dengan iktikad yang betul, jangan berzikir semata-mata untuk mendapatkan ikan, dan di waktu-waktu yang lain kita terlupa untuk berzikir. Berzikirlah kerana dalam Firman Allah di dalam Al-Quran:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hari mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Suran Ar-R'ad : 28)
Jadi, dari sebelum kita fikirkan yang bukan-bukan apabila menanti ikan tak muncul-muncul, marilah kita sama-sama berzikir supaya Allah dapat memberikan rahmatnya, jika tidak di beri dengan ikan yang besar-besar, mungkin di berikan rahmat Allah yang lain. InsyaAllah
Hamba cuba menyampaikan,
Assalamualaikum