Video Trip Pancing Pulau Aman - Misi Ke 2
Udang hidup tak ada? Oh takkan tak jadi plak nak memancing kat Pulau Aman ni? Kali ini kami datang seramai 8 orang dengan menyewa 2 bot. Trip kali ini, hasil agak kurang kerana arus air yang baru nak berjalan semula di Pulau Aman, semua udang hidup tidak di jual. Kalau menjala pun udang tidak banyak.
Berbekalkan udang yang kami terpaksa beli di market, kami tetap bersemangat untuk terus memancing di sini. Bermula di Batu Payung kami menghumban umpan, sebagai pengetahuan anda, teknik memancing di Pulau Aman ini, tali perambut di ikat terus dengan tali asas dan batu ladung hidup berada di tali perambut, bagi mengelak batu ladung tersangkut dengan karang.
Ikan pertama, seperti biasalah tekong Aman yang membawa naik ikan senangin, dengan teknik tidak membiar batu ladung terbenam terus ke dasar laut dan jarak mata kail dan batu ladung lebih kurang sekaki setengah. Hasilnya sudah tentu senangin paling tidak pun ikan jenahak juga menyambar umpan kami di sini. Sempoi!
Perjalanan di teruskan ke tukun-tukun yang lain, seperti trip pertama (Pancing di Pulau Aman - Pasti Akan Kembali) kami di bawa ke pelbagai lokasi tukun, sekiranya mana-mana lokasi tukun itu tidak memberangsangkan, kami akan menukar ke lokasi yang lain. Memang Tekong Aman ni tidak akan membiarkan anda semua pulang dengan tangan hampa.
Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari, kami singgah ke jeti Pulau Aman untuk makan tengah hari dan sembahyang Jumaat di sini. Penat ooOOoo
Menjelang petang, umpan Team RL Bulat telah di sambar oleh ikan yang kami tak sangka-sangka. Seekor ikan yu bodo telah melentukkan rod Bulat. Sempoi!! Rod yang kecil berlawan ikan yu bersaiz Sekilo Setengah!! CnR la ikan Yu Bodo ini, tak lalu nak bawa balik.
Apabila menjelang Maghrib, kami pun pulang dengan hasil keseluruhan yang agak kurang akibat dari 2 sebab iaitu:-
1. Arus air yang kurang sesuai kerana di sebelah petang, tidak ada arus langsung. Ini menyebabkan ikan tidak aktif dan kurang untuk memakan umpan.
2. Tidak ada umpan udang hidup.
Walaupun begitu, kami tetap tidak pulang dengan tangan kosong, Alhamdulillah ada juga sedikit rezeki buat seluruh keluarga kami.