ADMIN'S DESK

ADMIN'S DESK
1. AT RODLENTUK, WE PROVIDES PROMOTION SERVICES FOR YOUR FISHING TACKLE ITEMS. WITH NO COMMISSIONS OR "MARK-UP" ON YOUR SALES PRICE FOR EACH ITEMS. WE ENCOURAGE YOUR ENTRY TO SHARE ON FACEBOOK, BLOGS, FORUMS OR ANY COMMUNITY PAGE AS YOU COMFORTABLE WITH. WE HOPE FOR HONEST DEALERS TO SELL GOODS AND STRICTLY NO FRAUDS ITEMS. WE WILL NOT TAKE ANY RESPONSIBILITY FOR ANY FRAUD CASE HAPPENED BUT WE WILL PROVIDE COOPERATION TO AUTHORITIES ON FRAUD CASES IF OCCURRED. PLEASE SHOP FOR BUSINESS TERMS AND CONDITIONS AT KEDAI RODLENTUK.
2. FURTHERMORE, WE ALSO IN THE PROCESS OF DATA COLLECTING FOR FISHING POND IN MALAYSIA. COLLECTIVE DATAS COULD HELP FISHING SPORTS LOVERS TO GET BASIC INFORMATION ON PREFERED POND. LIKEWISE, IT IS ALSO TO HELP PROMOTE FOR FISHING POND OPERATORS. PLEASE VISIT THE MAP OF PONDS.
3. WE ALSO WELCOMES FISHING TRIPS TO PROMOTE IN OUR BLOGS, OR ANY ANGLING ACTIVITIES FROM PAST OR PRESENT.DO NOT HESITATE TO SHARE YOUR ADVENTURES BY EMAILING TO US: wanshem@gmail.com

Thursday, March 8, 2012

Memancing Di Tukun Tenggiri, Pulau Pinang

Tepat jam 7 pagi kami tiba di kampung nelayan Sg Batu balik Pulau Pinang. Kami terpaksa menunggu tekong yang tiba lewat. Permulaan yang agak menyedihkan kerana terpaksa menunggu. Kaki dan tangan dah mengeletar nak menarik ikan. Di katakan oleh orang kampung, hari sebelum kami tiba ke sana ikan bersaiz “monster” berjaya di bawa pulang.

Kami bertolak pada jam 8 pagi, dengan cuaca agak gelap dan angin bertiup kencang. Alunan ombak agak tinggi, sehingga kami terpaksa memegang alang bot kerana di hempas oleh alunan air ombak. Dengan bot bersaiz 23 kaki panjang dan enjin Yamaha 60hp, tekong terpaksa mengambil transit di Pulau Kendi, kerana angin yang kuat dan alunan air yang tinggi. Bukan kami sahaja, tetapi keseluruhan bot dari kampung nelayan Sg Batu berhenti di Pulau Kendi kerana tidak mahu mengambil risiko melawan ombak.

Di Pulau Kendi kami melayan “apollo”, anak-anak ikan begitu banyak bermain sekitar pulau ini. Sekali tarik 2-3 ekor yang “Strike!”. Walaupun begitu, Team RL Adi berjaya membawa naik kerapu yang seberat 800gm. Boleh tahan la...

Pada jam 1.30 tgh hari, tekong mengajak kami bersiap untuk pergi ke Tuas Tenggiri, perjalanan selama 1 jam 15 minit dan 2 bot bersaing pergi ke destinasi yang sama. Dikatakan, Tuas Tenggiri ini agak hampir dengan perairan Indonesia, lebih kurang 30 minit perjalanan bot.

Arus Air yang agak kuat, kami menggunakan batu ladung seberat 500gm – 1Kg. Pelbagai teknik kami gunakan di sini seperti “Drifting”, “Jigging”, “Bottom” dan tekong menggunakan belon bagi mencari tenggiri. Kedalaman air lebih kurang 40-50 meter.

Malangnya, ikan yang naik hanya dari teknik “Bottom” dan hanya ikan yang bersaiz kecil sahaja yang berjaya di bawa naik. Ikan-ikan seperti kerapu, kerisi, tanda dan lambuk yang seberat bawah 1kg yang ada di sini. Di mana ikan MONSTER??

Jam menunjukkan 7.15 malam, tekong mengajak kami pulang kerana hari yang semakin gelap, perasaan agak hampa kerana tidak ada seekor kelibat ikan yang bersaiz “monster”. Hanya ada pada cerita orang, ikan besar di sini.

Punca utama hasil yang kurang di tukun tenggiri:-

  1. Arus yang terlalu kuat (mungkin waktu malam ikan akan banyak)

  2. Tekong agak kurang rajin untuk menukar “port” memancing (memancing sepatutnya seperti kita memburu, kita perlu rajin mencari “port” ikan, kalau satu tempat itu dah tiada ikan kita perlu menukar tempat lain)

  3. Tidak ada umpan hidup.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RodLentuk Blog List